Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, August 21, 2012

Renung-renungkan anak Malaysia...

Apalah guna menjadi anak Malaysia
jika hanya pada namanya
tidak bersyukur nikmat keamanan yang ada
hari ini hasil yang dianugerah kepada kita.

Apalah guna menjadi anak Malaysia
jika pemikiran kita
sama sahaja dijajah
pada anasir luar
yang sentiasa suka melihat kita rebah.

Apalah guna menjadi pewaris Malaysia
tidak mengenang jasa pada pejuang
masih leka dengan keseronokan dan juga hayalan
merosakkan diri dan juga bangsa
sememang tidak layak ada di Malaysia.

Apalah guna mengaku warga Malaysia
cuma terpamir pada pengenalan diri
namun dungu dengan pada rukunnegara
sehingga tidak mengenal siapa pentadbirnya.

renungkan ke dalam diri
perbaiki diri tanamkan motivasi
biar hidup penuh bererti
walau mati tidak dikenangi
namun berbangga menjadi anak jati.... Malaysia.


nurul ogos 21,2012
3 syawal 1433

No comments:

Post a Comment