Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 30, 2012

Mahu kamu tahu

mahu kamu tahu
betapa luluh hati dan jiwa
saat mengetahui orang tersayang
dihinggapi barah
hanya doa dan airmata
menemani sekujur rasa.

aku pernah menjaga bonda
tujuh hari tujuh malam yang terakhir hayatnya
betapa siksa melihat derita
katanya tak dapat nak luahkan kesakitan yang dirasa
yang mampu aku berdoa
minta bonda lelapkan mata
akhirnya bonda pergi jua dalam koma bersama lelehan airmata.

aku pernah menjaga anakanda
didatangi kanser pada usia muda
lima tahun lamanya kimoterapi
gugur rambut entah berapa kali
pecah bibir dah mulut tak terperi
bila dikenangi kembali betapa hebat aku diuji
syukur kepada-Mu Ilahi
mendengar doa dan rayuan kami.

"Mohonlah kepada-Nya nescaya diperkenankan bagimu".

CNM, 29/8/12, 9.23pm
THMK

No comments:

Post a Comment