Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, August 25, 2012

Dunia

Dunia,
Pentas sandiwara,
Di sini terdapat huma,
Di sini terkumpul tiupan udara,
Di sini air melimpah dingin terasa,
Di sini tertanam jasad di perdu batu tanda.

Dunia,
Pentas sandiwara,
Penuh manik-manik cakrawala,
Mentari membahang jagat titian nyawa,
Bulan saksi sebuah kisah cinta,
Bintang dan kejora demikian juga,
Pelang di remang senja,
Selalu ada lalu menjadi tua,
Pada malam hilang tiada tawa,
Subuh selalu ada catatkan waktu berikutnya.

Dunia,
Pentas sandiwara,
Di sini ada pura-pura,
Sesuai bagi mereka yang mahu masuk neraka,
Dunia ini penuh pencaroba,
Berhajat berbuat baik di atasnya,
Sesuai bagi mereka yang mahu ke syurga.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing Johor.
250812@1936hrs(Sabtu).

No comments:

Post a Comment