Followers

Carian Dalam Blog Ini

Showing posts with label Salma Arifin. Show all posts
Showing posts with label Salma Arifin. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

SINGGAH SEKETIKA

SINGGAH SEKETIKA

Aku hilang seketika
Hilang punca kata
Tiada aksara di dada
Aku nak tersenyum saja

Aku singgah semula
Mencari kata-kata
Entah apa yang ada
Aku hilang punca

Aku tersenyum saja
Kerana aku bukan pemuisi bisa
Aku hanya tahu cerpen saja

Maaf dipinta
Puisiku yang tidak selesa
Dilakar semata
Namun apa yang nyata
Aku baca juga
Puisi anda semua
Walau tidak komen apa

~SA~5/10/2013

Saturday, December 29, 2012

Jejak

JEJAK

Jejak
Pastikan ia jejak bertapak
Kerana
Jejak tanpa tapak
Banyak kemungkinannya
Maka
Bertemunya jejak itu
Perhatikan dulu
Takut jejak hantu...huhuhu...

~SA~
9:47 pm 28122012

Ingatlah

INGATLAH

Ingatlah wahai insan
Nokhtahkan dosamu
Gantikan pahala berganda
Agar hidup diberkatiNya
Tukarlah fikir dan caramu
Lambaian kasih dan rindu padaNya
Akal kurniaanNya untuk kita bertafakur sejenak
Hari ini dan seterusnya

Lapang masamu
Isilah dengan ibadah
Mana tahu bila tiba sempitmu
Akan tiada lagi waktu lapangmu

Pabila tiba waktu kayamu
Eloklah bersedekah selalu
Rugilah bila miskin menjadi milikmu
Kesalilah dosamu ketika hidup
Agar matimu tidak dalam kufur
Roda iman terus berputar
Akan bertambah bila sedar

Sihat dirimu penuhilah dengan kesyukuran
Elokkan sifatmu dengan pekerti mulia
Lambat laun akan tiba waktu sakitmu
Akan tiba jua waktu tuamu tika itu
Lalu saat itu tiada lagi yang mampu kaulakukan
Untuk memutihkan dirimu dari hitamnya dosa

~SA~
1:05 pm 28122012

Monday, December 10, 2012

TIDAK KUBIARKAN

TIDAK KUBIARKAN

Hatiku
Bak gigitan epal yang terdedah
Yang teroksida dek oksigen
Putih isinya kini berubah perang
Kerana phenol itulah puncanya
Mudahnya berubah rona

Tapi tidak kubiarkan
Kerana pengoksidaan itu
Membuat hatiku menjadi rosak dan rapuh
Biarlah hatiku bak sebiji epal sempurna
Akan kujaga isinya seputih mungkin
Agar tidak sewenangnya dioksida
Oleh phenol dan oksigen
Agar tiada warna perang mencerna hatiku

Hatiku
Bak ais ditembusi titisan air
Yang terlekuk berdikit-dikit
Bekunya ais itu kini mula cair
Kerana titisan itulah puncanya
Mudahnya berubah rupa

Tapi tidak kubiarkan
Kerana titisan itu
Membuat hatiku menjadi mudah lembut
Biarlah hatiku bak seketul ais yang keras
Akan kujaga bentuknya sepejal mungkin
Agar tidak sewenangnya berubah
Oleh titisan itu
Agar tiada lagi lekukan menerjah hatiku

~SA~
7:51 101212

Friday, December 7, 2012

PENING

PENING

Muka buku
Wadah untuk mengadu
Tempat berkongsi lagu
Ruang bercerita ini itu
Muatnaik foto sesuatu
Profil kacak dan ayu

Rasanya semua sudah tahu
Muka buku tempat untuk bertamu
Berkongsi segalanya di situ
Baik foto atau ilmu

Aku juga begitu
Menitip apa yang kurasa perlu
Mana yang bermanafaat bagimu

Aku buntu
Bila ada insan yang mengganggu
Mesej dihantar berbaur rindu
Kata-kata cinta nan syahdu
Oh! Seramnya aku

Lalu
Foto profil kuubah selalu
Demi mengelak insan itu
Aku 'buang' mereka dalam senarai kawanku
Agar tidak lagi mengganggu

Namun semua itu
Tidak membantuku
Masih ada yang begitu
Kata pujian cinta dan rindu
Masih menerjah kotak mesejku
Oh..naik bulu romaku

Apa lagi yang harus bagiku
Menghindar insan seperti itu
Oh! Peningnya aku

~SA~
10:41 061212

Saturday, November 24, 2012

APA KAMU RASA..

APA KAMU RASA..

Apa kamu rasa ...
Bila ada yang menikam belakang
Manis mulut hanya di depan

Apa kamu rasa...
Bila ada yang ambil kesempatan
Atas segala kepercayaan

Apa kamu rasa..
Bila ada yang tidak jujur dalam berkawan?
Kita hanya diperlukan di waktu senang

Apa kamu rasa..
Bila ada yang berjanji sakan
Namun satu pun tidak dikotakan

~SA~
241212 12:47 pm

Sunday, November 18, 2012

ANAK KECIL ITU

ANAK KECIL ITU

Anak kecil itu
Leka bermain di tepian padang gersang
Menendang buah kering buat pengganti bola
Walaupun tiada rakan berseronok bersama
Anak kecil itu tetap gembira

Anak kecil itu
Leka mengutip batu
Di tengah-tengah runtuhan dinding
Buat mainan di tanah kering

Laungan Allahuakbar
Kuat bergema dari bibir anak kecil itu
Padang gersang ditinggalkan
Buah kering ditendang ke tepi
Bergegar bumi menyaksi
Anak kecil itu melaung berani
Walau batu menjadi senjata diri
Iman di hati kukuh bersemi

Dari jauh seorang ibu memerhati
Sambil mengusap perut yang menunggu hari
Tersenyum megah melihat anak kecil itu berdiri
Melaung Allahuakbar di bumi Ilahi
Menentang musuh dengan cara sendiri

Pandangan ibu mula berhati-hati
Melihat lelehan merah pekat di perut anak kecil itu
Perlahan anak kecil itu rebah ke bumi
Di tangan anak kecil itu masih tergenggam batu kerikil
Si ibu mula mendongak ke langit
Rupanya ada bidikan dari musuh laknat
Tepat mengena perut anak kecil itu
Si ibu menadah tangan kepada Ilahi
"Assad..kau syahid di bumi ini"

Si ibu mengerang sakit
Saat yang ditunggu tiba kini
Menahan sakit seorang diri
Dengan rahmatNYA lahirlah umat Rasulullah s.a.w seorang lagi
Tersenyum ibu memerhati
Si anak kecil itu diberi nama Assad kembali
Semoga anak kecil itu juga mati
Mati syahid seperti abangnya tadi

*Secebis kisah di bumi Palestine

~SA~
7:47 am 18 Nov 2012

Friday, November 9, 2012

10pp

Assalamualaikum!
Serikan bibir dengan senyuman sekuntum
Agar Jumaat dipenuhi santun

~SA~
7:00 am 9 Nov 2012

Wednesday, November 7, 2012

Katak oh Katak!

Katak oh Katak!

Hujan lebat menyimbah bumi
Ong!ong! Katak mula menyanyi
Aku tersenyum sendiri
Mendengar suara katak memecah hening

Tap!Tap!Tap!
Air menitik
Dari bumbung ke simen
Hujan kini mula renyai kembali
Namun suara katak masih berbunyi

Ong!Ong!Ong!
Katak menyanyi lagi
Memanggil hujan tidak henti
Aku dongak ke langit lberkali-kali
Awan yang mula cerah kelam kembali
Ah! Hujan lebat akan turun lagi

Katak oh katak!
Sudahlah kau melalak
Aku ingin ke Pekan Salak
Menunggu hujan reda sejenak
Tiada lagi dramamu sebabak
Aku sudah terdesak
Katak Oh Katak

~SA~
10.57 am 7 Nov 2012

Monday, October 29, 2012

MUNCUL LAGI

MUNCUL LAGI

Baru semalam aku pergi
Pergi bersama hati yang sepi
Sepi di hujung lubuk hati
Hati nan penuh kendiri

Hari ini
Aku menapak lagi
Mengukir kata di tinta hati
Menitip kata bak puisi

Aku muncul lagi
Muncul bersama hati yang peri
Menitip kata di ruangan ini
Ruangan untuk pemuisi

Dan esok hari
Seandainya aku pergi lagi
Bukan kerana merajuk hati
Bukan jua patah hati
Tapi aku pergi
Pergi mencari jati diri
Pergi meredah idea hakiki
Untuk kucoret di sini lagi

Aku akan muncul lagi
Bersama puisi yang tak reti
Usah senyum, usah perli
Kerana aku sememangnya begini
Bak biskut Chipsmore ini
Hari ini ada, esok entah ada lagi

~SA~

Tuesday, October 23, 2012

Terkejut!

Terkejut!

Dari KL aku memandu
Perlahan meredah hutan batu
Hujan renyai mula menitik laju
Membasahi tar yang berbatu
Aku mula berhati-hati di situ
Menekan pedal yang sudah kematu

Kini aku hampir tiba
Menelusuri jalan yang basah
Memandu seorang diri saja
Mata memerhati sekali sekala
Ke arah kiri kanan jalan bertala
Tiba-tiba...

Bang! bang! bang!
Aku tercengang!
Kupandang kiri kanan
Rupanya ada aksi jalang
Sang polis mengejar petualang
Aku turut tergamam
Kereta kupandu lebih perlahan
Menelusuri jalan simpang

Terlihat olehku aksi ganas
Seorang penjenayah ditembak berdas-das
Tangan digari kemas
Badan dipijak sampai lemas
Kakiku mula keras
Terpaku menyaksikan detik cemas

Terkejut!
Aku semakin kalut
Kereta kupandu macam ribut
Menuju ke arah jalan bersalut
Terasa ketar kaki dan lutut
Oh! Hampir semput

Kini baru kutahu
Aksi tadi benar-benar berlaku
Bukan mimpinya aku

~SA~

Tuesday, October 16, 2012

Maaf Ya..

Maaf Ya..

Muka Buku kubuka selalu
Namun jarang diriku bertamu
Apatah lagi melakar puisi nan syahdu
Kerana diriku tidak sehebat kamu
Puisiku teramatlah kaku
Bila baca jiwa terpalu
Dek ayat nan buntu

Maaf Ya..
Aku bukan sengaja
Mencoret puisi yang tak seberapa
Tidak pandai mengulas atau apa saja
Hanya mampu membaca dan meneka
Di Tinta Hati Menitip Kata

Maaf Ya..
Jiwaku tidak sehalus jiwamu
Bait puisi tidak sejiwang bait puisimu
Bila baca terkedu jiwaku
Tapi tetap kubaca selalu
Hanya 'like' yang aku mampu

Maaf Ya...

~SA~

Malam Yang Seram

Malam Yang Seram

Aku terjaga dari lena
Terdengar angin berdesir
Meniup tembus ke jendela kamar
Aku menggenyeh mata memandang
Terlihat susuk tubuh hitam
Merenungku dengan tajam

Aku masih terpinga-pinga
Selimut kutarik ke sana
Melangkah perlahan menuju jendela
Angin bertiup kencang tiba-tiba
Menggerbang rambutku seketika
Kuintai ke luar jendela
Tiada siapa-siapa

Perutku memulas tiba-tiba
Berlari aku ke tandas di hujung sana
Di hujung koridor asrama pertama
Tiba di sana aku terpana
Susuk tubuh hitam berdiri di sana
Di tepi tong sampah yang hina
Aku terpaku tidak terkata
Melihat rambutnya panjang berjela
Baju putih labuh meleret jua
Darah merah penuh di taringnya

Aku masih terdiam terpaku
Memandang sampai lidahku kelu
Tuala wanita bersepah di situ
Darah memercik di segenap penjuru
Aku terlopong memandang itu
Tiba-tiba dia senyum padaku
Menampakkan taring tajam begitu

Aku mula sedar diri
Niatku ke tandas tidak jadi
Aku mula cabut lari
Ke kamar mengunci diri
Pejam mata serapat mati
Tidak sanggup melihat lagi

~SA~

Tuesday, October 9, 2012

Perjuangan Belum Selesai

Perjuangan Belum Selesai

Ada gusar di hati
Menatap kisahmu di sana
Kental jiwa
Cekal dada
Tempuh onak melanda

Ada hiba di hati
Mendengar kisahmu di sana
Darah syuhada membasahi bumi
Merah pekat
Tiada hanyir hidunya
Hanya semerbak wangi serata

Ada kesal di hati
Menatap kisahmu di sana
Dunia kejam menghunus diri
Hanya mampu memerhati
Simpati hanya di hati
Tiada berani berjuang sekali

Ada semangat di hati
Mendengar laungan takbir bergema
Menentang musuh dengan berani
Darah menyimbah
Tiada gentar di hati
Malah kau semakin berani
Demi sebuah perjuangan suci

Wahai Palestine
Wahai Syria
Wahai Rohingya
Perjuangan mesti diteruskan
Perjuangan belum selesai

~SA~

Sunday, September 30, 2012

Belalang dan Aku, Dulu dan Kini


Belalang dan Aku, Dulu dan Kini

Imbau zaman kanak-kanakku
Seronok berlari tanpa sepatu
Di batas sawah yang sedikit berbatu
Sesekali memandang padi yang tunduk begitu
Aku riang tersenyum sipu

Dan di kala itu
Aku mengukir senyum malu
Teman sepermainan mula memujiku
Memuji kehebatanku
Menangkap belalang di dedaun padi itu
Hatiku semakin malu bak semalu
Setelah kucucuk di buluh runcing itu
Belalang itu kupanggang di situ
Emm..sedapnya sungguh terkedu
Bersama teman kunikmati selalu

Zaman remajaku menginjak kini
Sawah padi kukunjung lagi
Kali ini sungguh berlainan sekali
Belalang hanya kupandang sepi
Bertenggek di dedaunan padi
Aku cuba merapati
Ah..belalang itu melompat tinggi
Seakan tahu aku sudah tidak sudi
Bermain riang di sawah padi
Seperti zaman kanak-kanakku yang telah pergi

Kini aku bergelar isteri
Belalang masih setia menanti
Angin bayu sawah padi kunikmati
Mataku menatap seekor belalang lagi
Begitu asyik meratah daun padi
Ah..biarlah ia berdikari
Tidak sanggup aku menangkap lagi
Kerana belalang itu juga bererti
Bererti pada alam semulajadi
Aku mula melangkah pergi
Meninggalkan belalang sendiri
Pergiku membawa senyuman bererti
Belalang dan sawah padi menjadi sahabat sejati
Oh! Sungguh tidak terperi

~SA~

Saturday, September 29, 2012

Aduhai..



Aku bersiap-siap diri
Hajat hati ingin ke Bangi
Beg segera aku sisipi
Tertinggal pula segugus kunci
Aduhai...

Aku mula mencapai kunci
Aku kunci pintu dan jeriji
Bergegas menekan kunci kereta..Tit! Tit!
Segera enjin kereta aku hidupi
Ada la pula kereta di depan melintangi
Aduhai...

Aku menunggu seorang diri
Siapalah tuan punya kereta di sini
Tungu dan tunggu lagi
Masih tidak munculkan diri
Aku jeling jam di tepi
Sudah satu jam menghampiri
Aduhai....

~SA~

Tuesday, September 25, 2012

Kelu

Kelu

Saat itu
Aku terpaku
Menatap wajahmu
Sungguh ayu
Kelu aku

Tika itu
Aku terkedu
Mendengar suaramu
Sungguh merdu
Kelu aku

Dan kini..
Tika dan saat ini
Menatap wajah dan mendengar suara hati
Sungguh tak terperi
Kelu diri

~SA~

Monday, September 24, 2012

Kautahu?

Kautahu?

Kautahu?
Kini baru kutahu
Rupanya dia tak pernah tahu

Kautahu?
Hanya aku yang tahu
Dia langsung tak tahu

Kautahu?
Berkurun lama sudah kutahu
Tetapi dia baru je tahu

Kautahu?
Baru kutahu
Dia bukan tak tahu
Tapi buat-buat tak tahu

Kautahu?
Pedih hatiku bila tahu dia tahu

~SA~

Saturday, September 22, 2012

GAMITAN HATI

GAMITAN HATI

Wahai hati
Sabarlah engkau
Walau sekuat mana rindu itu
Percayalah
Rindu itu terubat jua

Wahai hati
Redhalah engkau
Walau sekuat mana dugaan itu
Percayalah
Dugaan itu terbang jua

Wahai hati
Gamitanmu itu
Membuat aku rindu
Membuat aku pilu
Rindu dan pilu padaMU
Oh! Tolonglah hatiku
Lepaskan rindu itu
Hanya untukMU

~SA~

Dan Sebenarnya...

Dan Sebenarnya...

Walau aku senyum
Bukan bererti aku bahagia
Kerana senyumanku itu
Hadirnya cuma seketika
Dan sebenarnya..
Senyum itu adanya lara

Walau aku menangis
Bukan bererti aku lara
Kerana tangisanku itu
Hadirnya juga cuma sementara
Dan sebenarnya...
Tangisan itu adanya bahagia

Walau aku ketawa
Bukan bererti aku gembira
Kerana ketawaku itu
Hadirnya sekilas saja
Dan sebenarnya....
Ketawa itu adanya sebak di dada

Walau aku diam
Bukan bererti aku mengalah
Kerana diamku itu
Hadirnya hanya sekejap cuma
Dan sebenarnya.....
Diam itu adanya jiwa meronta

~SA~