Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 10, 2012

TIDAK KUBIARKAN

TIDAK KUBIARKAN

Hatiku
Bak gigitan epal yang terdedah
Yang teroksida dek oksigen
Putih isinya kini berubah perang
Kerana phenol itulah puncanya
Mudahnya berubah rona

Tapi tidak kubiarkan
Kerana pengoksidaan itu
Membuat hatiku menjadi rosak dan rapuh
Biarlah hatiku bak sebiji epal sempurna
Akan kujaga isinya seputih mungkin
Agar tidak sewenangnya dioksida
Oleh phenol dan oksigen
Agar tiada warna perang mencerna hatiku

Hatiku
Bak ais ditembusi titisan air
Yang terlekuk berdikit-dikit
Bekunya ais itu kini mula cair
Kerana titisan itulah puncanya
Mudahnya berubah rupa

Tapi tidak kubiarkan
Kerana titisan itu
Membuat hatiku menjadi mudah lembut
Biarlah hatiku bak seketul ais yang keras
Akan kujaga bentuknya sepejal mungkin
Agar tidak sewenangnya berubah
Oleh titisan itu
Agar tiada lagi lekukan menerjah hatiku

~SA~
7:51 101212

No comments:

Post a Comment