Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 29, 2012

~♥ Hatiku engkau miliki ♥~

~♥ Hatiku engkau miliki ♥~

Terasa getarnya atma umpama gempa melanda
aroma narwastu mengelilingi setiap penahap
berkandil purnama berarak ambum mega
bagaikan terapung antara dua alam yang nyata
dengan catitan nama-nama cinta
tertera di muka teja yang berpancarwarna
sungguh indah bak berfantasi dalam realiti

Dengan setiap akral yang telah dipanji
dengan setitik air mata bak mutia asmaradanta
menjadikan ratna buat kakasihku
mengilap setiap masa pabila bindu beradap
mengosek kimbah dengan asmara
aku serahkan cintaku untukmu
kerana hatiku telah engkau miliki

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa
~ 29/12/2012

No comments:

Post a Comment