Followers
Carian Dalam Blog Ini
Saturday, December 29, 2012
HEBATNYA KENYALANG
Walau di mana saja
gah namanya
menjadi idola
lambang kebanggaan
lambang kegagahan
lambang kekuasaan
membawa berita gembira
terus menebar sayapnya
bersama keris nan sakti
dengan izin kami
lalu bertakhta di bumi pertiwi
namanya tetap bersemi
jadi anugerah pingat terpuji
inspirasi jata rasmi negeri
Itulah semangat si enggang
dalam Gawai Kenyalang
bergelar Sengalang Burung
sebagai dewa perang
dalam lagenda
kuasanya petara
dalam upacara dipuja
namun, pujanya kian sirna
menipisnya dataran flora
disodok jentolak sasa
Ini suatu petanda bencana
taufan nestapa melanda
warganya semakin duka
para pegawai penguasa
unggas-unggas perlu dipulihara
rancang agenda perkasa
banyakkan taman negara
demi kesinambungan hayatnya
semakin merdu nyanyiannya
semakin mengepak sayapnya
semakin menebal asap ritualnya
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
28 Disember 2012
Labels:
Muhamad Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment