Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 29, 2012

TANDA KASIHNYA

TANDA KASIHNYA

hujan di hujung atap,
rumah berdinding daun-daun rumbia,
sesekali menyibak tingkap,
ada rindu yang meluruh tinggalkan di hati sepotong hiba,
mengingatkan daku pada suatu ketika,
kekasih bersengketa kisah cinta,
memberikan aku tanda kasihnya,
sehelai rambutnya,
yang tertanan jauh di dasar sukma,
dan apabila aku tertidur tatkala terjaga,
ia selalu menjerat bangun sapa,
katanya duhai jejaka,
terima kasih kerana senyummu masih lekat di dada,
masih kusimpan tanda kasih kita,
di atas segalanya.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.

No comments:

Post a Comment