Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 29, 2012

CORETAN SUKA-SUKA

CORETAN SUKA-SUKA

Coretan suka-suka
beberapa haiwan diberi nama
perlu awas perlu waspada

itik suka menyudu
cetek cemar tidak peduli
berpakaian kemas kalis najis
tiada bersisa disedut habis

ayam mendongak pening
biar kolam disedut kering
hairan tak kencing

arnab jinak dan cantik
telinga panjang daya penarik
berbulu halus daging terbaik

helang jangan cerita
mata bulat merenung mangsa
kuku tajam pantas menerpa

buaya lagi ganas
berkaki empat berkaki dua
pantang lepa kena libas

ular kerjanya membelit
sambil mematuk bisa terpalit
badan sakit pasti menjerit

jangan jadi sesumpah
suka menyamar orang menyampah
menggunting di dalam sampai terbelah

biawak jangan percaya
kerana lidah bercabang dua
pandai bermuka suka berdusta

kalau ketam lagi pening
ajar anak jalan mengiring
diri sendiri terumbang ambing

katak lagi geli
suka kencing sana-sini
tidak kira sahabat sejati

berkawanlah dengan kuda
boleh ditunggang ke mana-mana
lari kencang jimat masa

YHI
Segamat Johor
29122012

No comments:

Post a Comment