SENANDUNG MAUT
Senja
diserkup kerudung jingga
merah, kuning...
di persimpangan dua alam
antara candaan maut
ada nestapa rawan
kitab suci menanti sentuhan salih
untuk penawar
sakitnya gulungan senandung maut
Sara Salwana, Alor Setar, Kedah.
13 Oktober 2013
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Showing posts with label Siti Salwana. Show all posts
Showing posts with label Siti Salwana. Show all posts
Monday, October 28, 2013
Thursday, July 4, 2013
BUATMU
BUATMU
Helaian rinduku
tersimpuh mati di kabut malam
dingin selimut ragaku
kertas kasihmu
abadi dalam tetasan cintaku
walau lara meleleh
di tapak kakiku
kurela merajut kelam
Sara Salwana 4:50 pagi 2. Julai 2013
Kulim, Kedah.
Helaian rinduku
tersimpuh mati di kabut malam
dingin selimut ragaku
kertas kasihmu
abadi dalam tetasan cintaku
walau lara meleleh
di tapak kakiku
kurela merajut kelam
Sara Salwana 4:50 pagi 2. Julai 2013
Kulim, Kedah.
Wednesday, March 27, 2013
kasih.
kasih.
helaian rinduku bertamu
pada kelopak musim lalu
di hadapan nisanmu
rekahan kelam meragut jiwaku
pergimu
musnah hasratku
kala mengintip tiba
aku diburu sendu
retakan kelam merajut mimpiku
pada kenangan lalu
helaian rinduku bertamu
pada kelopak musim lalu
di hadapan nisanmu
rekahan kelam meragut jiwaku
pergimu
musnah hasratku
kala mengintip tiba
aku diburu sendu
retakan kelam merajut mimpiku
pada kenangan lalu
Friday, January 11, 2013
PENANTIAN
PENANTIAN
Aku menanti
di ranting rindu
bersama saputangan resah
terpaku di mangkuk cintamu
di mana almukhalisku
memadam bara gelisah
di pucuk rinduku
agar segudang bahagia
memeluk seluruh tubuhku.
Siti Salwana
Aku menanti
di ranting rindu
bersama saputangan resah
terpaku di mangkuk cintamu
di mana almukhalisku
memadam bara gelisah
di pucuk rinduku
agar segudang bahagia
memeluk seluruh tubuhku.
Siti Salwana
Friday, December 21, 2012
ANAI-ANAI
ANAI-ANAI
Rekahmu menakut
merobek isi
belanarmu memusnah segala
siapa al mukhalisku
untuk turun di tapak ini
memulas petakamu
dengan segudang bahagia
Saturday, December 15, 2012
MAWAR DAN CAMAR SENJA
MAWAR DAN CAMAR SENJA
Camar senja
sebukit sesal lumpuri tubuhku
tatkala hilangmu
hilang jua bungaanmu
mawarmu kau bawa pergi
jujai hatiku
berwalang
rindu mawar di pagi hari
aku mengintip di kaca jendelamu
ah kau tiada
rupanya
camar senja cuma mimpi indahku
datang dan pergi sebagai ilusi
mawarmu kau bawa pergi
jujai hatiku
berwalang
rindu mawar di pagi hari
aku mengintip di kaca jendelamu
ah kau tiada
rupanya
camar senja cuma mimpi indahku
datang dan pergi sebagai ilusi
Wednesday, December 5, 2012
ATAS NAMA CINTA
ATAS NAMA CINTA
Atas nama cinta nan kudus
antara dua insan
yang di batas oleh rentetan duri
ia tidak mungkin berpaksi
di dunia nyata
kerana dirimu adalah helaian rindu
yang kudambakan
sebagai selimutku
di dunia nyata
kerana dirimu adalah helaian rindu
yang kudambakan
sebagai selimutku
Sunday, November 18, 2012
AKU BUKAN GENIUS
AKU BUKAN GENIUS
Si Belatuk
mampu mengetuk
rupa cantik tapi tiada rasa
seperti aku
yang tidak mengenal puisi
kerna aku bukan genius
aku insan, menukang dinihari
aku bukan Isa
yang mampu berkata di buaian
aku tidak pernah malu
dengan kedaifanku
yang tidak mengenal puisi
kerna aku bukan genius
aku insan, menukang dinihari
aku bukan Isa
yang mampu berkata di buaian
aku tidak pernah malu
dengan kedaifanku
Thursday, November 15, 2012
Maal Hijrah
Hadir
Maal Hijrah
hadirmu
mencanai setiap ruangku
perlu aku nyahkan dunia kelabuku
dengan kallimah syahadahku
untuk cerahkan cermin hatiku
dengan tinta ayat suciMu
lalu lahir Nur Mu
di prabang hatiku
seorang mukmin
yang rindukan hidayahMU
untuk cerahkan cermin hatiku
dengan tinta ayat suciMu
lalu lahir Nur Mu
di prabang hatiku
seorang mukmin
yang rindukan hidayahMU
Tuesday, November 13, 2012
Si Pembakar Mercun
Si Pembakar Mercun
Malam leka dengan kerlipan
tanpa sedar seluruh alam gempa
dek Pembakar Mercun
terleka
lalu ria wajah bertukar nestapa
padah menimpa
teman kini menjadi lawan
lalu si Pembakar Mercun tersungkur
dek rakus dan alpa.
lalu ria wajah bertukar nestapa
padah menimpa
teman kini menjadi lawan
lalu si Pembakar Mercun tersungkur
dek rakus dan alpa.
Wednesday, November 7, 2012
TANGISAN
TANGISAN
Cukup sekadar di sini
aku membawa diri
dari kemanisan semalam
yang berlalu
lalu ia jadi kenangan
nostalgiaku
hari ini kan kubasuh duka
biarlah ia
kita rahsiakan
jeritan yang bertandang malam hari
dari hati yang merah berdarah
lalu ia jadi kenangan
nostalgiaku
hari ini kan kubasuh duka
biarlah ia
kita rahsiakan
jeritan yang bertandang malam hari
dari hati yang merah berdarah
Friday, November 2, 2012
ASYIK
ASYIK
Kita mesra di sini
tiada daya dikata
kalbu bersyair
dengan rangkap kalimah syahdu
dari dasar kalbu rindu
yang lidah tidak tahu
betapa asyiknya
melayan gelora kalbu
ah mesranya..
dari dasar kalbu rindu
yang lidah tidak tahu
betapa asyiknya
melayan gelora kalbu
ah mesranya..
Subscribe to:
Posts (Atom)