RENUNGAN
Assalamualaikum, telah acap kita jumpa dan telah acap juga kita
peringatkan golongan munafik di mukabuku ini. Jadilah diri kita sendiri
janganlah cuba menjadi orang lain yang bukan diri kita...kerana
kebenaran tidak selamanya akan dapat disembunyi.
Setiap
pembohongan yang bertopengkan agama lambat laun akan terbuka dan yang
akan malu nanti bukannya hanya kita tapi seluruh umat yang percayakan agama.
Apa guna jika kita mengujudkan akaun baru yang berprofil gambar
Al-Quranul Karim dan membuat status yang berdegar-degar tentang agama
tentang kesucian agama, tentang kasih sayang kapada Allah yang Besar
tetapi dalam masa yang sama menipu identiti kita sendiri. Nama bukan
nama sebenar, cuba dikaburi pada semua. Tidakkah itu pembohongan
namanya. Yang tergolong dalam ketegori munafik. Menyeru kebaikan tetapi
di dalam masa yang sama menipu diri sendiri dan semua yang mempercayai.
Itu belum lagi fantasi mimpi di dalam peti pesanan yang dijajakan
kononnya dahagakan belaian...saya tak kata satu gender saja ya...tapi
fahamilah gender saya lelaki jadinya pasti gender berlawanan yang saya
katakan yang benar-benar kemaruk belaian. Kalau benar kemaruk belaian
jadilah diri sendiri rasanya ramai lelaki yang sudi membelai(saya tak
galakkan ya) tapi adat kucing kalau ada ikan di depan mata walau tidak
dijamah akan dijilat juga...seperti saya (terus terang saya katakan)
kalau ada yang menghulur bantal saat ini pasti saya tak menolak untuk
gunakannya di atas meja kerja pagi-pagi ini( membuta)...jadinya, usahlah
bertopengkan kata-kata agama di dalam status dalam masa yang sama kita
berkulitkan wajahnya si syaitan.
Jadinya di sini saya menyeru
lagi kepada semua...jadilah diri sendiri dan berkata-katalah dengan
jelas dan dengan jati diri, diri sendiri tanpa ada agenda tersembunyi
yang cuba dikaburi...kalau berminat antara satu sama lain buat janji
temu dan 'CHECK IN'lah di rumah tok kadi. Habis cerita...nikah sahaja.
Kalau wanita mampu pinanglah pihak lelaki( suami orang pun boleh) itupun
kalau berani jumpa mem besarnya.
Renung-renungkanlah. Assalamualaikum.
Sazalee Sulaiman ... 14/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment