Khamis Itu
Khamis itu
ligat aku mencipta alasan
menggunung tinggi harapan
melepak bersama rakan
selepas tahlil di pekan
khamis itu
rakan mengajar ilmu baru
gulungan tembakau busuk berbau
dibakar disedut berkongsi satu
aku ahli baru
khamis itu
ayah sabar menunggu
di laman rumah berteman kopi susu
anak sulung belum bertamu
risau mula memain lagu
khamis itu
pelajaran baru
ayah hanya diam membisu
pelukan hangat membungkus jasadku
linangan air mata sayu, pilu
khamis itu
baru kutahu
MAHAL air mata itu
maaf aku derhaka kepadamu
aku sayangkanmu...ayah
1123161113
a.K
Manjung
No comments:
Post a Comment