Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 27, 2012

Birai Kamar Hatiku

Sedalam mana lautan
begitulah dalamnya lautan cinta di hatiku
berbuih segar bercambah merona kalbu rindu
sentiasa mengharum alam dengan aroma sejati
menyusuk setiap deria yang mendampingi
kumahu keindahan cinta yang aku miliki
dikongsi bersama teman-teman yang menjiwai
bukanlah niat untuk menakluki cinta sesiapa
jauh sekali merampas pergi si pemilik cinta setia
hadirku menumpang di sudut dunia maya
hanya sekadar meluahkan isi hati yang bergelora
anugerah Sang Pencipta buat hati nurani ini
ketulusanku usahlah dipertikai kata
hadirku ke dunia maya hanya sementara
dengan pinjaman nafas dan ilham ukiran rasa
sehingga aku dijemput tidur yang nyenyak
panjang dan selamanya.

Lafaz Kalbuku
Ogos 27 2012

No comments:

Post a Comment