Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, August 21, 2012

KEMERDEKAAN PADA MEREKA YANG BUTA

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Kata keramat yang dilaungkan
Di seluruh negara
Pada setiap 31 ogos
Dengan penuh semangat
Semangat yang berkobar-kobar

Namun disetiap kata merdeka itu
Tahukah siapa yang berkorban atau terkorban
Demi sebuah kata-kata
Yang hanya mengandungi tujuh ayat sahaja
Yang dijeritkan setiap tahun
Tanpa ambil peduli
Bagaimana sejarah lemerdekaan dicipta

Dan kepada kita yang melaungkan merdeka
Tahukah kita pada sejarah
Kenalkah kita pada pejuang sejati kemerdekaan
Kenalkah kita pada Dato’ Maharaja Lela
Dato’ Sagor, Ngah Ibrahim, Pandak Endut
Kenalkah kita pada Laksamana Mohamad Amin
Mat Kilau, Dato’ Bahaman atau paling tidak pun
Si Puntum yang menamatkan riwayat J.W.W Birch
Kenalkah kita semua akan pejuang ini
Yang berkorban kedudukan, maruah hatta nyawa
Demi seungkap perkataan
Yang dilaungkan setiap tahun

Butakah kita
Atau kita telah dibutakan
Dengan sejarah sebenar tentang kemerdekaan
Dengan sejarah perjuangan
Oleh pejuang yang tulin
Yang bergelumang dengan airmata dan titisan darah
Berbanding dengan mereka-mereka
Yang hanya duduk di meja bulat
Minum-minum sambil menghisap curut
Kononnya berbincang tentang kemerdekaan
Sedangkan hakikat sebenarnya
Hanya menyembah pada penjajah
Demi sebuah kata-kata tujuh huruf
Yang sebenarnya hanya bersendikan
Akan perjuangan sebenar
Wira-wira silam
Yang tidak pernah bertuankan penjajah
Dan tidak pernah berkiblatkan barat

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Walau pun hakikatnya
Kita masih lagi dijajah…

Qalam Bertinta
21082012
1111am

No comments:

Post a Comment