Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, September 27, 2013

EMOSI SEORANG IBU

EMOSI SEORANG IBU

Sayu hati ibu
Melihat beg sekolah di atas sofa
Baju dan seluar di bawah meja
Tali leher, stokin dan kasut merata

Sebak hati ibu
Melihat pinggan di ruang tamu
Cawan dan gelas bersepah
Berselerak tulang ikan dan nasi tumpah

Pilu hati ibu
Pulang kerja letih lesu
Melihat rumah lintang pukang
Bertanya ibu sendiri
Inikah balasan anak
Atas pengorbanan yang dibiak?

Biar tubuh ditusuk letih
Jiwa dikepung sedih
Tetap jua ibu mengerah sisa tenaga
Mengutip 'sampah-sampah' berharga
Sambil berdoa
Moga anak mampu berdikari
Membantu diri sendiri

Anak-anak
Insaf dan sedarlah
Syurga itu
Ada pada seorang ibu

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
26.09.13

No comments:

Post a Comment