Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, September 27, 2013

Cermin itu sudah musnah

Cermin itu sudah musnah

Menangis aku di sejadah
Melepaskan segala sembilu di hati
Pada Allah kuberserah
Rencana hidup bagaimana penyudahnya

Kauminta sesuatu yang sudah diludah
Kembali menjilat hanyir kata-katamu
Sedangkan hatiku pedih berdarah
Hancur berderai berkecai
Umpama kaca ditumbuk halus
Berterbangan menjadi debu

Katamu
Kutiplah semula kaca yang berderai itu
Cantumkan semula cebisan demi cebisan
Menjadi bahan lutsinar,
Kuat, tahan hakis dan lengai
Kembali menbentuk permukaan licin.
Bagaimana hendak kujadi cermin semula
Sedangkan silikanya punah tercemar dan rosak

Kataku
Cermin yang kucantum semula
Masih meninggalkan retak
Bila dipandang ke dalamnya
Rupanya sudah merekah, surih dan terbelah
Silica apa lagi yang kaugunakan
Untuk memujukku kembali
Menganyam kasihmu?

Andai cermin baru diganti
Masih gagal menjadi
yang dulu yang asli
Kerana hati telah mati

Pulangkan semula cermin hatiku
Kepada yang berhak.
Aku pasrah

Cma
5.25 subuh
260913

No comments:

Post a Comment