Aku Tak Malu
Aku tak malu
umumkan pada ayah ibu
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya pekerja kolar biru
bukan seorang peguam ataupun guru
Aku tak malu
kenalkan pada rakan-rakanku
dia cinta hatiku
dia dambaan kalbu
dia calon suami pilihanku
walau dirinya lebih rendah dariku
makan di restoran mewah tak guna sudu dan garpu.
Aku tak malu.
Ingin kujerit pada seluruh dunia bahawa dia kekasihku.
Aku tak malu.
-LM/HN26102013-
No comments:
Post a Comment