INTROSPEKSI (III)
Hidup, adakalanya
suka, adakalanya duka. Adakalanya duka itu melebihi suka. Adakalanya
dalam kita berduka, kita turut membuatkan dia terluka. Adakala tempoh
dukanya singkat, adakala berpanjangan. Resmi manusia, mudah terasa dan
rasa itu membuahkan asa.
Akan tiba satu waktu dan ketika di mana kita harus membuat pilihan.
Meneruskan ... atau ... melepaskan? Agar kita tidak lagi menyusahkan.
Memilih bagaimana mencorakkan sebahagian lagi saki baki perjalanan kehidupan yang tinggal.
Membuat perubahan di tengah-tengah perjalanan hidup, adakalanya
menakutkan. Apatah lagi bila terbayang melakukan sesuatu itu sendirian.
Mampukah?
Namun, usah terlalu risau kerana Tuhan itu ada
bersama kita. Bukankah Allah akan tunjukkan pada hambanya jalan keluar
dan rezeki dari jalan yang tak pernah terlintas difikiran. Semoga hati
semakin teguh.
La haula wala quwwata illa billah...tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
Ketabahan.
-LM/HN 25032013-
No comments:
Post a Comment