INTROSPEKSI (I)
Adakalanya bila kita
telah lama bersama seseorang, kita rasa kita mengenali orang itu dengan
sepenuhnya. Semakin waktu berlalu, semakin yakin kita bahawa tidak ada
apa yang dia lakukan yang kita tidak boleh teka. Kita percaya pada
dirinya.
Percaya, kerana kita pasti yang kita sudah kenal akan
hati budinya, kenal perwatakannya, tahu apa yang dia suka dan apa yang
dibenci. Kita tahu ragamnya, tahu marahnya, tahu manjanya, tahu merajuknya.
Begitu juga sebaliknya, kita sangat yakin bahawa dia juga cukup
mengenali diri kita. Sekilas riak di muka, dapat diteka isi hati. Tidak
ada apa yang dilakukan boleh memeranjatkan.
Bergaduh? Sekali
sekala, itu perkara biasa. Bukankah lidah juga ada tergigit. Yang luar
biasanya, bila masing masing mendiamkan diri. Tiada topik perbualan,
tiada apa untuk dikongsi. Bila bersama, seorang memandang ke hadapan,
dan seorang lagi berpaling memandang ke luar tingkap. Hanya radio
memecah kesunyian.
Sepi.
-LM/HN 30042012-
No comments:
Post a Comment