Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, March 28, 2013

ANDA PENENTU TAKHTA

ANDA PENENTU TAKHTA

Pelbagai warna aneka rupa
Bentuk corak lambang warna

Mencuit hati mencuri pandangan
Nampak meriah sepanjang jalan

Biru putih neraca timbang
Hijau putih bulan mengambang

Biru putih bulan terbelah
Roket terpacak mencari arah

Perang poster perang jenama
Berbalas hujah mengetuk minda

Gendang dipalu pendekar menari
Ke sana kemari menabur janji

Peminat setia sudah menanti
Cuma menunggu hari mengundi

Di atas pagar menanti sabar
Ketrampilan tokoh tempat bersandar

Padamu tuan hamba berpesan
Hak mengundi jangan abaikan

Datang awal di waktu pagi
Kalau terlepas tentunya rugi

Bijak dahulu bijak sekarang
Jangan dipilih upaya kurang

Tuan dan puan bijak bestari
Jangan terlepas peluang ini

Tuan dan puan penentu takhta
Laksanakan tugas jangan terleka

Sekadar itu hamba berpesan
Kita penentu masa hadapan.

yahyaisa
Segamat Johor
27032013

No comments:

Post a Comment