Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, March 28, 2013

BIDADARIKU (Puisi buat bidadariku Cahaya Laila)


Isteriku
hadirmu adalah nadi hidupku
engkau mencipta damai hakiki
mengisi di setiap hari-hariku
lalu aku pun asyik
dalam dunia syurgawi
yang engkau corakkan dengan kasih tulusmu.

Isteriku
engkau bagaikan bidadari
pemberian dari langit
di mana nyawaku bersatu dalam nafasmu
sedangkan nafasmu juga adalah nyawaku
dan di antara jasad dan roh kita
telah ditakdirkan bertaut menjadi satu.

Isteriku
biarpun sejuta tahun kita bernafas
yang pastinya engkau tetap di hati
dan juga di mahkota jiwaku
kerana tanpamu
aku tak akan mampu bernafas sendiri.

Terima kasih kerana mencintaiku
dan terima kasih kerana menjadi bidadariku.

Qalam Bertinta
28032013
2249pm

No comments:

Post a Comment