Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, March 28, 2013

Poligami: Nurhidayah jam 4 pagi di tv1.

Poligami: Nurhidayah jam 4 pagi di tv1.

Bersikap adilkah seorang suami
seandainya dia mengabaikan isterinya
yang berkorban jiwa dan raga
hati dan perasaan sendiri
membenarkan suami yang dikasihi
disanjung setinggi langit
berpoligami, bernikah seorang lagi

di atas alasan ketiadaan zuriat
penyeri hidup berumahtangga
pengukuh kebahagiaan, hidup bersama
kerana tidak mahu dirinya dijatuhkan talak.

Namun akhirnya si isteri yang patuh
ditinggal keseorangan; sepi
tanpa belaian kasih dan sayang seorang suami
di rumah agam berdindingkan sunyi, berbumbungkan hati.

Di manakah letaknya sebuah keadilan.

Akhirnya Allah menunjukkan kekuasaan-Nya
isteri yang ke dua meninggalkan si suami begitu sahaja
setelah melahirkan seorang anak
kerana tidak sanggup menjadi seorang ibu
di usianya yang masih muda

di saat itulah si isteri yang diabaikan
yang dahagakan tangisan seorang bayi, anak
sanggup mengambil alih
menyusukan anak sehinggalah anak itu dewasa

namun Allah Maha Berkuasa
dalam menentukan perjalanan hidup hamba-Nya,

... Norhidayah, isteri yang taat
disahkan menghidapi barah di dalam otak.

Renungkanlah wahai suami-suami yang berhasrat mahu berpoligami
... mampukah kita, berlaku adil nanti.

ss/spl/pm ... 27/03/2013.

No comments:

Post a Comment