Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

USAH HIRAU

USAH HIRAU

Usah hirau
apa jenis racun yang dihidang
dalam santapan ketika berperang
biarkan dan tinggalkan sendirian.

Usah hirau
gadis gila di jalanan
teruskan berjalan
jangan pandang ke belakang
kelak kau menyesal tak berkesudahan.

Usah hirau
jika si katak asik melalak
baik kau buat pekak
dari bising macam gagak.

Usah hirau
kalau kau mahu madu
bukan tuba atau hempedu
buat kau tersenyum ria
bila kau terus maju dan berjaya.

HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
08102012 21:50

No comments:

Post a Comment