Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 31, 2012

HUJAN PELANGI

HUJAN PELANGI

Antara hujan yang jatuh membasahi bumi
selepas panas bertukar ganti
tompok awan hitam masih mengiringi
mencari bintik-bintik tari asli
mentafsir noda-noda benci
menghalang angin berlari.

Antara pelangi yang datang menghampiri
selepas sejuk salju mula berhenti
titisan hujan masih mengiringi
mencari rintik-rintik air di kali
melihat lahar gunung merapi
menghalang tanah terpalit salji.

HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
27072012 , 23:20

No comments:

Post a Comment