Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 29, 2012

DI MANA ADA KEMAHUAN

DI MANA ADA KEMAHUAN

Kubelek diari semalam
Catatan sebuah kehidupan
Bangun rebah dalam perjuangan
Meniti ranjau cabaran

Dari sebuah desa terpencil
Menggalas beg sandang di belakang
Berbaju-T, berseluar lusuh melangkah lemah
Menyelusuri perut kota bersama sekeping sijil cuma

Terpinga celaru dan canggung
Bagai rusa masuk kampung
Turun naik pejabat gedung
Melamar kerja kosong

Di sebuah kedai cuci kereta
Bersama kesungguhan dan usaha
Saban bulan mengumpul dana
Mengikat perut terpaksa

Kerana gigih
Berusaha dan berlatih
Tidak kenal perit dan letih
Kedai cuci diambilalih

Daya saingnya tinggi
Pelbagai bidang diceburi
Perusahaan besar teknologi tinggi
Berkembang pesat dalam dan luar negeri.

Graduan menganggur jangan segan
Di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan.

YHI
Segamat Johor
29102012

No comments:

Post a Comment