Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 28, 2012

BIARLAH RAHSIA

BIARLAH RAHSIA

Keheningan malam yang dingin
menyejukkan hati yang membara
pada kerinduan yang sering menerpa
mungkinkah kau juga turut merasakan
berdepan dengan perasaan yang menyesakkan
antara mimpi dan kenyataan
kepayahan jiwa meluahkan kata
seringkali mencetuskan bicara sengketa.

Bukan niat untuk menjauhkan
gurauan mesra bermain di fikiran
menghiris perasaan dalam tangisan
menyedarkan aku dari lamunan
kita berbeda langkah dan tujuan
kasih dan sayang mempertahankan
bara cinta yang mengasyikkan.

Semakin hari cinta mengharum
semakin pudar kepahitan lalu
namun masih ada mengharapkan
dalam diam ada bayangan yang datang
mencari secebis kasih dan sayang
damai ketenangan di syurga impian
dan kisahku yang masih panjang
kau biarkan jauh terpendam
lalu kuputuskan biarlah rahsia
kerana tiada penghujung ketenangan jiwa.

Amirah Amir
28102012 2.05pm

No comments:

Post a Comment