Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 30, 2012

Rindu Dendam Cemburu Dugaan

Kolaborasi puisi dalam puisi antara sepasang kekasih memendam rindu dan perasaan.

Rindu Dendam Cemburu Dugaan

Abang,
katakan padaku
tentang panasnya cemburu
kerana yang kurasa
baranya membakar
kalbuku
katakan padaku
tentang sakitnya merindu
kerana yang kurasa
lukanya semakin parah

aku menyintaimu
namun aku tak dapat
memelukmu
aku takkan menyerah
kerana aku sangat
menyayangimu.
_________________

sayang,
api cemburu akan membakar kalbu
kerana gejolak syaitan datang menyeru
membakar nafsu amarah yang satu
melemaskanmu
tanpa penjelasan dariku,

sayang,
rindu itu perlu
menyatukan hasrat
ingin bersatu
namun jangan mengikut nafsu
kelak terbakar
dek api cemburu,

sayang,
mengertilah kamu
yang aku juga seperti dirimu
sentiasa dibelai angin merindu
pada dirimu pujaan kalbuku
setiap waktu ingin ketemu
berpadu kasih cinta dan rindu
bersatu bumbung engkau dan aku
diulit birahi kamar perindu,

sabarlah sayangku.

ss/spl/pm ... 30/10/2012.

No comments:

Post a Comment