Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 30, 2012

RIBUT

RIBUT

Ribut
kalut warga berpencak
bagai tsunami deras bergerak
pena merah hitam telagah
di papan kunci jejari menari
SAPS, SPBS bersilih ganti
mengikut tahap penilaian diberi
hasil tuaian dikenalpasti

Riuh rendah kantor didik
titisan terakhir semangat disuntik
mekar nanti bunga tercantik
bakal calon sembah terbaik

Terkejar sana
terkejar sini
semua warga mandi aktiviti
tenaga minda terbelah bahagi
pagi segar petangnya lesi
tanda kertas malam hari
perlu siap sebelum cuti

Dasar baru dunia pendidikan
PBS kita amalkan
lebih sistematik lagi holistik
agar warga lebih pragmatik
murid guru perlu cerdik

Pasca PMR juga tumpuan
pelagai aktiviti kita sajikan
minda segar dalam lawatan
arah tuju juga sukan

Calon SPM, STPM menanti hari
semua berdebar tidak terperi
mengasah minda sepanjang hari
memerah minda masa diuji

Mesyuarat kursus semua ada
buku program panduan warga
plan tindakan sudah dibuku
agar warga tidak keliru.

YHI
Segamat Johor
30102012

No comments:

Post a Comment