Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 29, 2012

Aku Tiada Jawapannya

Aku Tiada Jawapannya

Usah ditanya
mengapa aku menyayangi
kerana aku tak tahu
apakah jawapan yang harus aku beri
dan usahlah kaubertanya
mengapa aku mengasihi
akan dirimu
yang baru aku kenali
kerana kutak tahu
bagaimana harus aku jelasi
perasaan itu
terdetik
dari kalbuku yang suci,
cuma yang mampu aku katakan,
itu semua kuasa Tuhan
yang mampu memberikan
dan menariknya
sekelip mata yang Dia mahukan.

Kun kataNya Fayakunlah jadinya.

ss/spl/pm ... 28/10/2012.

No comments:

Post a Comment