BUKAN TIDAK MAHU
 
 Bukan tidak mahu menerima
 
 apalagi untuk menyimpan
 
 Bukan tidak mahu berbicara
 
 apalagi untuk bermesra
 
 Bukan tidak mahu berjalan seiring
 
 apalagi untuk berlari..
 
 Bukan kerana tidak mahu..
 
 tetapi.... kerana....
 
 aku tidak ingin hati terluka
 
 apalagi kecewa..
 
 kuingin tinggalkan cerita lama
 
 di dasar hati
 
 biar mendap dan menjadi sisa..
 
 ~ HaSa
 Taiping.
No comments:
Post a Comment