Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, July 4, 2013

KE MANAKAH KITA

KE MANAKAH KITA

Ke manakah anak-anak kita
tika siang mula melabuhkan tirainya
dan di saat muazzin melaungkan azan
menyeru untuk kembali semula ke dalam saf yang sama
mengadap Pencipta seperti yang telah diikrarkan
apakah mereka sudah berdiri di sejadah terbentang
atau masih lagi bergentayang entah di mana
hingga terlupa di mana pintunya rumah.

Ke manakah kita
atau di manakah suara kita
ketika mereka masih lupa jalan pulang
dan masih khayal dengan kelekaan sendiri
hingga terabai satu dari rukun yang lima
kerana kita sendiri enggan bertanya
malah khayal dalam lekanya dunia yang mendustai.

Anak-anak itu ada fitrahnya
dan pemegang amanahnya adalah kita
genggam dan jangan biarkan ianya terlerai
kerana di situ nanti
ada persoalan yang akan dipersoalkan
pun ada jawapan yang harus diberikan.

…terjawabkah kita jika amanah itu kita abaikan?

Qalam Bertinta
Klang
01072013
0909am

No comments:

Post a Comment