Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, May 18, 2013

W A T H I I N

W A T H I I N

Seperti angin engkau
menyusup dalam jubah-jubah sunyi
berbisik tentang jauh
negeri bernama hayal

tidak daya aku
muntahkan seluruh rontamu
walau telah kuhirup rakus
seribu cahaya di gelas sabda
ratib para nabi para jawi
menunggang hati ke kaki langit
mengetuk pintu sebuah abadi
berpulang ke makam paling fitri
hingga hilang
hilang
seorang aku yang hasrat.

Kepalsuan sedang mendingin
untuk kaumasuk dan menari
tarian paling hanyir
kerana itu janjimu
ketika aku hadir
membuka rahsia kasih-Nya.

Gelisah ini kamu
gelisah ini aku.

----------------
:Mei 2013/ TA

No comments:

Post a Comment