Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, May 25, 2013

BELIA, BUNGA HARAPAN BANGSA.

BELIA, BUNGA HARAPAN BANGSA.

Wahai belia bunga bangsa
TANGKAI PEGANGAN kunukilkan kata
berutusan kisah di sebalik bicara
menyeru agar dibuka minda

kelak dewasa meniti usia
tidak gugur di tampuk muda
kerana hasutan dan adu domba
gugurmu hijau di tangkai jiwa.

Wahai belia harapan bangsa
ambil iktibar terselit di dalamnya
musuh sentiasa siap siaga
menunggu leka menggamit alpa

jadikan yang tua sebagai idola
kerana mudamu sanjungan bangsa
bersama mencakna pentas dunia
masa hadapan dicipta bersama.

Selamat menyambut Hari Belia.

ss/spl/pm ... 25/05/2013.

No comments:

Post a Comment