Pernah ada
Teman
Dalam hati kita
Pernah ada rasa cinta
Pernah rasa menyayangi
Berlagu riang setiap hari
Meniti hari yang sepi
Teman
Dalam hati kita
Tidak pernah ada
Rasa benci
Yang pernah ada
Cuma rasa kasih
Namun kini
Semua yang pernah ada
Telah merubah kisah kita
Aku tidak lagi merinduimu
Namun itu bukan berertiku membencimu
Cuma itu adalah takdir kita
Ingatilah
Bahawa engkau pernah ada dalam hatiku
~tenang~
Ezah Nor
Kuala Lumpur
290513
No comments:
Post a Comment