Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 27, 2013

Sama tapi berbeza.

Sama tapi berbeza.

dalam perjalanan hidup dan kehidupan
kita jarang sedar dan tidak perasan
bebola bumi terus bergolekan
laju ligat berputaran di awangan

laju ligat nafas berhembusan
tak dihirau...tak kita pedulikan
tak pernah kita membuat perkiraan
detik-detik nadi berdenyutan dan tak pernah kita tanyakan
sebanyak manakah mulutku menyebut nama Maha Pencipta
sebanyak manakah sudah aku mensyukuri nikmat dariNya

kelajuan, keligatan kita melakukan perkara yang sama
makan minum, tidor baring, ketawa mengangis dan bekerja
berkawan bersahabat, berkelahi berkasih dan bercinta
kita semuanya sama, cuma, berbeza masa dan suasana
Malangnya dewasa ini, segelintir dari warga bumi tercinta ini
yang sebangsa dan seagama sedang menginjak-injak
maruah agama, bangsa, negara dan saudara sendiri...

~msa: 15.5.12 Jeram Besu ~

No comments:

Post a Comment