Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, May 24, 2013

DENDAM DAN PENGORBANAN

DENDAM DAN PENGORBANAN

jiklau aku gagal dalam sebarang perjuangan
yang di dalamnya mengendungi kebenaran
dari hal hala tuju bangsa yang dikotorkan
oleh sumpah pemberontak yang telah dikalahkan
kemudian pada hari ini dendam itu berkobaran
memamah ranap gunung kesetiaan
anak bangsa yang kehilangan kekentalan
sejarah awal silam telah luput dari ingatan
lantaran gendang gempita dendam hasutan
di atasnya berapi dingin berbara kepanasan
apakah kesudahan jalan lurus yang dibengkokkan
yang tiada lagi angin kedamaian
selepas tiang terasnya kini dicondongkan
dan rebah tumpas di tengah huma tanpa halaman
apakah kemenangan yang kita boleh banggakan
yang cuma mengumpul dendam bukan pengorbanan
apabila tanah moyang sudah tidak bermilik bertuan
dimanakah jasad ini dimandikan dan disemadikan.

Bayu.
Semporna,Sabah.
240513.

No comments:

Post a Comment