Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 27, 2013

Tanpa Sedar

Tanpa Sedar

andai
air mata bergenangan
menitis tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang dicuit peri kemanusiaan...

andai
senyuman menguntum mekar
seraut wajah meronakan pelangi tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang dibelai jari kedamaian...

andai
jemari menarikan irama puisi
melenggokkan bahasa jiwa tanpa sedar
hatimu sebenarnya
sedang berkongsi gelora rasa...

CNM, 27/5/13, THMK.

No comments:

Post a Comment