Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 26, 2013

USAH TAKBUR, BONGKAK, MEMBANGGA DIRI.

USAH TAKBUR, BONGKAK, MEMBANGGA DIRI.

Usahlah kita berbangga akan diri sendiri
dengan sedikit ilmu yang kita miliki
menepuk dada menghentakkan tumit di kaki
konon diri kita, tiada siapa dapat menandingi

terbang tinggi bak si Rajawali
tidak mahu menjejakkan kaki di muka bumi
biar menjadi Biawak di hujung kali
tidak tertandingi Buaya panjangnya melebihi enam kaki

dan Buaya sendiri pun mengerti
dirinya tidak sepantas Musang untuk berlumba lari
hanya memandang di alis mata, mencemburui
kerana sedar keupayaan dan kekurangan diri.

Sedarlah wahai saudara dan saudari
pesanan diberi, juga untuk saya sendiri
ada yang lebih berilmu berdiam tidak berbunyi
sambil menyembunyikan kuku di jari.

Hanya memandang, memerhati.

ss/spl/pm ... 26/05/2013.

No comments:

Post a Comment