DI KAMPUNG
DI KAMPUNG
di kampung ada bendang tempat si pegar menumpang kenyang
di kampung ada huma berpadi runduk harum mewangi bermayang
di kampung ada tempat berhimpun burung-burung balik petang
di kampung ada angin sepoi-sepoi bahasa berbau bunga tanjung
di kampung selalu ada rasa sayang jarang-jarang dibuang
di kampung pada setiap lima waktu azan selalu berkumandang
di kampung nyamannya malam-malam dan sepanjang siang
di kampung adalah sebuah penempatan santai damai dan girang
di kampung pada musim perayaan selalu menjemput kita pulang.
Bayu.
Semporna,Sabah.
270513.
No comments:
Post a Comment