Monolog Kelainan Upaya
Monolog Kelainan Upaya
Mahu kamu tahu! Aku juga makhluk Tuhan. Sebaik-baik kejadian. Dalam
urat kita sama mengalir darah merah. Aku tak pinta begini. Tapi aku
redha dengan ketentuan-Nya. Kamu? Berapa kerap mengucapkan rasa syukur
atas nikmat dan rahmat kesempurnaan yang Tuhan kurniakan atau hanya
keluh kesah yang tak pernah sudah. Belajar menerima duhai yang sempurna!
Jangan sesekali memandang hina pada yang kurang upaya kerana bagi-Nya
bukan rupa tapi takwamu.
Ya Rabbi sempurnakan diriku dengan kekuatan.
CNM, 28/5/13, THMK.
No comments:
Post a Comment