Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, May 31, 2013

Pantun bergurindam: PATAH.

Pantun bergurindam: PATAH.

Patah sendi bergalas siku,
patah sayap berbilas pelepah;
patah hati berkias bisu,
patah harap beralas pasrah.

Patah kendi bergalas tangkai,
patah cawan berbilas sumbing;
patah budi berkias semai,
patah rawan beralas runsing.

Patah kaki bergalas lutut,
patah jiwa berbilas resah;
patah gusi berkias mulut,
patah rasa beralas madah.

Patah bingkai bergalas kayu,
patah duri berbilas cermin;
patah lunyai berkias sendu,
patah jari beralas cincin.

Patah seloka patahlah raga.

ss/spl/pm ...30/05/2013.

No comments:

Post a Comment