FALSAFAH BOBOIBOY.
Bila berdiri aku angkuh
lebih baik aku berlari
tapi bila aku berlari
aku pasti akan jatuh
baik aku berdiam
kalau akan membuat aku terjatuh
tapi berdiam selalunya akan membuat aku sungkur
kerana aku tidak reti duduk diam
aduhai kecoh
lagikan tak senonoh
teringat aku akan kata Papazola
dalam siri animasi Boboiboy
bahawasanya!
... kebenaran tidak pernah takut kepada kejahatan
dan kalau siapa yang menang
hadiahnya adalah pembaris P Papazola
... itu sebagai bonus je tu
di sebalik iklan tanpa bayar aku.
Aduhai! Renung-renungkanlah ya
akan apa yang cuba aku maksudkan
kerana aku
... aku sendiripun
tak tahu apa yang aku bebelkan ini.
Adesssssssssssssssss ... jangan marah ya!
Lama tak mengenakan sahabat-sahabat semua.
Hik hik hik.
ss/spl/pm ... 28/05/2013.
No comments:
Post a Comment