Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, May 24, 2013

AKU YANG KAUPANGGIL SAYANG

AKU YANG KAUPANGGIL SAYANG

Aku yang kaupanggil sayang
telah cuba untuk melupakan
aku yang kaupanggil sayang
telah cuba untuk menghapuskan
setiap kata-kata yang telah
kautitipkan
aku yang kaupanggil sayang
tidak lagi mengharapkan
kata sayang yang kauucapkan
aku yang kaupanggil sayang
tidak lagi mengharapkan
kata rindu yang sering kautitipkan
hati sering tertanya
adakah kaucuba menjauhi
jika itu yang diinginkan
aku rela
aku rela menjauhimu
akan kukembalikan semula
ucapan sayang dan rindumu itu
kepadamu
yang kutahu
kau mempunyai tempat yang istimewa
di ruangan hatiku.

ZIE 23/05/2013

No comments:

Post a Comment