PERLUKAH AKU BERLARI, BERSEMBUNYI.
Di belantara sepi
aku berdiri; menyendiri
bertafakur mencari erti sunyi
dalam diri - dalam mimpi
bertanya pada hati
"Perlukah aku berlari dan bersembunyi"
Jawab hati:
"Sia-sia sahaja engkau berlari dan terus bersembunyi, di sini.
Bangunlah dan langkahlah dengan berani
kerana esok pasti kembali tidak dapat engkau halangi
... gagahilah aku; hatimu ini"
Tersenyum aku kembali
malu pada diri sendiri, di belantara sepi.
ss/spl/pm ... 24/05/2013.
No comments:
Post a Comment