Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, May 24, 2013

INGIN SEKALI KURIBA SENYUMMU

INGIN SEKALI KURIBA SENYUMMU

Ingin sekali kuriba senyummu
di bawah rendang pohon kasihmu
sesekali dapat kunikmati manis ranumnya
buah rindumu menghilangkan dahagaku
sentiasa aku dapat menumpang teduhan
bebayangmu dari terik mentari.

Biarpun nanti
pohonmu sudah tiada berdaun
aku masih ingin bersimpuh di bawahnya
untuk meriba tangismu menyaksikan
kepahitanmu meskipun dipanahi terik mentari
akan aku sentiasa setia memberimu
khidmatku kerana kaulah duniaku
sambil melihat dewasanya anak-anakmu
bersama mencipta bebayang kasihnya
yang semakin rendang bakal meneduhi.

Aku tidak yakin samada aku kan bisa
sentiasa menemanimu kerana tiada siapa tahu
bilakah masanya akan akumelangkah pulang
meninggalkan semua kehidupan ini
untuk kudakap sebuah jemputan
dan aku tidak tahu bilakah pohonmu
kan tumbang menjadi baja penyubur jiwa.

SZA KAM Tapah, Perak.
24.5.13

No comments:

Post a Comment