Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 27, 2013

PINTU KE PINTU

PINTU KE PINTU

Dari pintu ke pintu
sebuah perjalanan kehidupan
bermula seketul daging benih cinta
terbentuk lembaga
ditiup aku roh
diberi aku nyawa
membesar aku 10 hari 9 purnama
rahim itu pintu dunia

dari bayi hingga dewasa
didik asuh sempurna
akan kasih ibubapa
akan sayang saudara
cabaran ditempuh
hati teguh
tabah pasrah

satu saat hadir malaikat
akhir hayat
aku dibersih kafan dan solat
diangkat menuju liang lahad
dalam talkin diingat

bersemadi semantara
anutan ditanya
meyakini kepercayaan
soalan diaju
siapa Tuhanku
siapa nabiku
siapa imamku
mana kiblatku

sampai saatnya
kiamat tiba
dibangkit semula
suasana hiba
di Padang Mahsyar namanya
amalan diperiksa
adil saksama

meniti sirat
menuju nikmat
atau ….

yahyaisa
Segamat Johor
26052013

No comments:

Post a Comment