Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Friday, May 24, 2013

GELANG PATAH

GELANG PATAH

Gemersik rindu kepadamu kekasih,
Enggan rasanya berpatah balik;
Lembut linangan air mata duhai kekasih,
Alisnya terkulai mengatur selidik;
Nafasnya berbadai gelang ombak bergemuruh,
Gagal menyantun patah berorak-arik.

Patah kasih putus suratan,
Ada gundah gelang patah bertanjung murung;
Telah diwarta berkalang bahang kegagalan,
Adab berharmoni bangsa yang cangung;
Hasad dengkinya cambahkan rawan.

Bayu.
Semporna,Sabah.
240513.

No comments:

Post a Comment