Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, May 28, 2013

MESTIKAH KUPERAH AIRMATA

MESTIKAH KUPERAH AIRMATA

Mestikah kuperah airmata
bagi sebuah rindu yang menghuni hati
atas nama cinta yang tersasar diperjalanan
sedangkan kesetiaannya hanya terlukis
pada sebuah kanvas kelabu
tergantung pada dinding hati yang belum jelas
kerana pada ruang sepi yang dingin
bagaikan ada bisikan lemah derapnya tak seirama
melodinya sumbang tanpa ikatan kukuh
pada bait-bait yang aksaranya dapat kumaknai
ia bagaikan ilalang menyongsong angin
rebah dalam ketidak –jujuran yang pasti.

Mestikah kuperah airmata
bagi sebuah rindu yang tercalar
sedang ia memilih khianat
dan menepikan ikhlas yang kusugguhkan.

Embi Estar : 27 Mei 2013

No comments:

Post a Comment