MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERI.
Telah tercipta langit dan bumi
manusia dan fauna hidup berkongsi, bersama mendiami
bersama memakmurkan muka bumi ini
bukan berseteru sesama insani
bukan mendera fauna yang tiada akal yang diberi
apatah lagi bumi yang sepatutnya dilindungi
... dikasihani.
Yang dibekalkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani
untuk digembalai, untuk menjadi makanan insan-insani
untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah beri.
Kerana flora, fauna dan bumi juga makhluk ciptaan Ilahi
selain manusia sebagai kabilah di atas muka bumi yang dipinjamkan Ilahi
... bukan milik manusia yang abadi.
ss/spl/pm ... 26/05/2013.
No comments:
Post a Comment