Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 29, 2012

~ Dengusan Rindu Ratapan Hiba ~

~ Dengusan Rindu Ratapan Hiba ~

Di kala jiwa kegersangan
menadah gerimis hembusan
sayu, tika raungan hati
berkelana sepi
merintih kerinduan

Bila ratapan tangisan
sendu syahdu
menyelubungi segenap
laungan di hujung
kasih yang kian kelam

Terlontar gelisah cinta
memayungi hati
kehausan belaian sukma
lembayung bertempik
pasrah

Kedinginan angin malam
menusuk belahan jiwa
saat tersungkur rebah
rindu bertemankan sepi
yang menyinggah asaku

Kupetik kenangan semalam
kujadikan kekuatan rinduku
melangkah denai kasih sayang
yang beronak berliku
demi cinta yang terindah

Semilir rindu kualunkan
tika rimbunan kasih
menggamit getar hati
yang ketandusan
sentuhan kalbumu

Siramilah puncak kasih
bajailah dedaunan cinta
yang menanti hadirmu
dalam gelembung
mahligai syahdu...

'Dengusan Rindu Ratapan Hiba'...di penghujung angsana buaian cinta...

28hb September 2012 Jumaat
4.45pm
SNQ

No comments:

Post a Comment